Saturday, 30 July 2016

Julai 2016 - antara cinta dan cita cita

Hari ni merupakan hari terakhir bagi bulan Julai 2016.

Meskipun secara zahirnya, saya merupakan seorang penganggur sepenuh masa sekarang, banyak yang saya pelajari. Saya terpaksa berteleku dengan masa. Sejujurnya pada permulaannya, saya resah. Gundah tidak pula berhenti daripada mengisi kekosongan saya. Namun apabila difikirkan, kenapa saya harus berfikir apa yang tidak tidak, sedangkan saya masih punya apa yang saya perlukan.

Betapa jahilnya diri ini.

Akhirnya saya tahu. Saya terlalu gemar membandingkan diri dengan orang lain. Selalu melihat orang lain lebih baik daripada saya. Saya terlalu taksub dengan kejayaan orang lain, sehingga saya lupa bahawa saya juga memiliki kejayaan saya yang tersendiri. Mungkin kejayaan saya tidak menonjol, tetapi itu yang terbaik buat saya dan bukannya yang lain.

Saya tahu masih banyak lagi yang saya perlu pelajari. Masih terlalu banyak kedangkalan yang saya lakukan. Oleh sebab itu, tegurlah diri ini. Boleh sahaja teguran itu disambut secara acuh acuh oleh saya. Ketahuilah bahawa kebiasaan itu susah untuk dinyahkan apabila sudah sebati. Ia memerlukan masa.

Terima kasih.

Semoga kedatangan bulan ogos nanti menjadi saya, Nur Nabilah yang lebih baik.


No comments:

Post a Comment