Sebenarnya aku malu untuk mengakui.
Kegilaan aku untuk mencari kesempurnaan akhirnya memakan diri sendiri. Ya, aku
hanya pandai merancang dan berpeluk tubuh tetapi mengharapkan impian demi
impian terjadi dengan sendirinya. Betapa dangkalnya aku dalam sesuatu yang
bernama kehidupan.
Semoga aku realistik dalam kehidupan.
Semoga aku kembali berpaksi pada jalan yang benar. Kerana kehidupan di dunia
yang sementara ini adalah ujian. Impian sebenar ialah bahagia dan berjaya di
akhirat sana. Ya, itulah impian hakiki setiap insan bernama manusia. Yang
lainnya hanyalah alur-alur atau denai bagi merealisasikan impian yang sebenar
ini. Semoga aku tidak terus bermimpi.
No comments:
Post a Comment