Sedar tak sedar, umur dah berginjak ke
suku abad pada hari ni. Nak mengeluh ? Nak berkeluh kesah? Macam tiada guna juga
berbuat demikian. Tapi, bila
memikirkan mengenai pencapaian, terus terang aku cakap bahawa tiada pencapaian
yang begitu membanggakan aku ada. Mungkin bagi orang lain yang seangkatan
dengan aku, telah banyak pencapaian yang boleh mereka banggakan. Sekurangnya
ada perkara yang boleh diungkapkan saat mata bersua. Namun, bagi aku hanya kelu
lidah tak bertulang. Sesungguhnya aku malu . Kalau ikut perancangan zaman
muda-muda, aku ingin mendirikan rumahtangga saat ini. Ingin bersuamikan seorang
lelaki yang boleh membimbing aku dunia dan akhirat. Tetapi apakan daya, hanya
penantian yang menyeksakan yang aku perolehi. Tiada kata, cuma duka. Adakah aku
terlalu memilih? Atau disebabkan oleh aku tidak memiliki personaliti yang
sepatutnya untuk menjadi zaujah seseorang? Ahh…mudah untuk menuturkan kata.
Namun untuk berbuat sepertimana yang dikatakan itu terlalu payah dan sulit serta
perlukan pengorbanan. Seperti mana bak kata pepatah inggeris ‘no pain, no gain’.
Kalau ada yang bertanya, apakah hadiah hari lahir
yang kuinginkan? Cukup sebuah penghargaan. Cukup dengan rasa dikasihi dan
disayangi. Itu sahaja. Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa aku bukan menipu
orang lain, tetapi menipu diri sendiri. Semestinya ada sesuatu yang aku
dambakan. Yang aku inginkan. Ya … itu benar . Namun untuk mengharapkan ada
seseorang merealisasikan apa yang aku dambakan adalah suatu yang menyakitkan. Kini
dan pada saat ini, aku hanya ingin memulakan hidup baru iaitu ‘move on’ daripada sebarang kisah silam
yang lampau kerana terlalu banyak kenangan yang menyakitkan. Maafkan aku andai
ada yang terguris. Bukan maksudku untuk meninggalkan segalanya begitu sahaja.
Namun, kemanisan dalam kenangan lalu tidak mampu mengubat luka di hatiku.
Seharusnya aku bergembira di ulang tahun kelahiranku. Tetapi, apa sahaja yang
terlintas di benak fikiranku yang menyebabkan aku berfikir dan berfikir. Aku
ingin pergi. Aku ingin pergi jauh daripada segala kegelisahan dan kebimbangan.
Cukup sahaja . Cukup sahaja dengan semua yang pernah berlaku. Doakan kebahagiaan
aku di dunia dan akhirat. Jangan lupa menghadiahkan aku sebuah doa pada ulang
tahun kelahiranku yang ke-25 dan seterusnya…semoga bahagia milik kita bersama.
No comments:
Post a Comment