Kadangkala, bila fikir balik...aku nak saja memekik biar seluruh dunia tahu bahawa aku menyesal. Menyesal sebab tak belajar bersungguh-sungguh. Orang lain sibuk belajar, aku sibuk main-main dan tidur memanjang. Kalah beruang tidur masa berhibernasi. Masa pun dah meninggalkan aku. Memang la kalau tak straight A pun masih mampu hidup. Tapi rasa tak dapat challenge diri sendiri tu lagi sukar dari nak bandingkan diri dengan orang lain. Tapi, nak buat macam mana. Diri sendiri yang jahil. Bajet sangat. Siapa suruh? Ingat nak ambil balik peperiksaan. Buat yang terbaik...nak cipta peluang ke 2 untuk diri...
Kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah, belajar betul-betul. Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Sebab nak start over to become a better person tu susah sangat. Lemah sangat rasa. Meh kita doakan sama-sama. Kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Amin...
Wednesday, 15 June 2016
Tuesday, 7 June 2016
Imanku Senipis Kulit Bawang
Imanku
senipis kulit bawang…
Kerana
imanku senipis kulit bawang,
Setiap
kali aku melihat seseorang memiliki sesuatu yang tidak aku punya, maka aku
berasa cemburu dan ketinggalan. Aku seolah-olah lupa bahawa setiap individu itu
ada rezekinya yang tersendiri. Sepatutnya aku tidak menghabiskan masaku hanya
memikirkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Sedangkan aku lupa tentang
apa yang aku miliki. Apa yang aku ada juga bernilai . Meskipun bukan bagi orang
lain, tetapi bernilai untuk aku. Apa yang aku perlukan…
Semoga
aku, kau dan mereka semua sentiasa bahagia. bahagia dibentuk oleh apa yang
difikirkan. J
Apabila saf terputus
Aku
bukanlah orang yang layak untuk berbicara perihal ini. Aku hanyalah perempuan
akhir zaman yang mempunyai banyak dosa. Aku hamba Allah yang berdosa. Aku malu
dan sesungguhnya aku bukan berniat untuk membuka aibku sendiri. Bukan begitu .
Namun, kekecewaan hatiku tidak mampu dibendung lagi. Setiap kali aku memikirkan
perihal ini, nafasku sesak. Aku tidak punya kudrat untuk menyatakan apatah lagi
ingin manusia lain menurut apa yang aku sampaikan. Berkecamuk dalam fikiranku,
tiada siapa yang mengetahuinya. Sedih hatiku .
Dalam
diam, aku berharap dan terus berharap. Agar akan ada suatu sosok insan yang
mempunyai keberanian untuk menegur. Untuk menjentik hati-hati mereka yang
mengabaikannya.
Sesungguhnya
saf bukan sekadar menunjukkan berjemaah.Tetapi, ia menunjukkan kesatuan antara
kita. Ya , kerjasama . Tidak sepatutnya dipandang enteng oleh kita semua.
Seperti
yang telah kujelaskan, aku tidak mempunyai sebarang kredibiliti untuk
berbicara. Aku hanya manusia biasa. Aku hanya ingin menjadi yang lebih baik.
Aku ingin sepertimana yang lainnya. Aku ingin menegur, tapi aku tidak punya
kudrat untuk menyatakan resah di hatiku. Aku cuma mampu membisikkan di dalam
hatiku tentang kekesalanku.
Semoga
catatan bisu ini mampu menenangkan hatiku. Mampu meredakan gelora di jiwaku…
Poligami
Mungkin bagi mereka, poligami itu salah belaka.
Mungkin ada juga segelintir yang memandang poligami adalah sesuatu yang
seharusnya kerana makhluk tuhan yang bergelar lelaki sejati makin pupus
nampaknya. Bagi aku, aku cuma ingin menjadi individu tanpa prejudis. Tanpa
sebarang stigma. Cuba mencari solusi terbaik buat semua. Melihat pro dan kontra
dalam setiap aspek sudut sesuatu yang bernama alam perkahwinan. Suatu institusi
yang penting dalam mensosialisasikan seseorang individu. Perkahwinan bukan
hanya menyatukan hati dua insan, tetapi bagaimana menjalankan hari-hari untuk
bertahan gembira dan harmoni sehendaknya.
Bukan salah lelaki jika ingin menambah
“cawangan”nya. Bukan juga silap perempuan tidak reti menjaga hati suaminya.
Khilafnya anak dalam tidak mahu mendengar kata-kata ibubapa?
Sebenarnya, ia bermula daripada kita. Andai kita
menganggap ia sesuatu yang indah, maka indah jadinya. Jika menganggap
sebaliknya, maka sebaliknya akan kita terima. Berlapang dada adalah jalan terbaik
dalam setiap benda.
Secara peribadi, aku menerima poligami. Ya, tugasan
yang semakin menghambat seolah memaksa tanggungjawab makin bertambah. Oleh itu,
berkongsi adalah sesuatu yang baik sekiranya di fikirkan sebagai pemudah cara.
Cinta Tiga Segi
Aku masih ingat lagi saat aku
belajar mencintai dirinya. Janganlah kau terus mendesak aku untuk mengingati
tentang semua perkara kerana ia jelas masih terbayang di fikiranku.
perlukah kau tanyakan persoalan hati
hanya untuk menyedapkan resah hatimu sendiri? Sedangkan aku terpaksa
bermati-matian berpura bagi menyakinkan kau bahawa kau adalah satu-satunya di
hatinya. Aku ini cuma satu persinggahan semata-mata.
mencari cinta
Teraba-raba mencari cinta
Hakikatnya cinta tak nampak dek
mata
Ia tidak dapat disentuh,
Oleh sesuatu yang bernama deria.
Namun ia buta dalam mencari cinta.
Atau berlumba-lumba mengejar
cinta?
Cinta mungkin tak dapat disentuh
Minimalist Living Lifestyle: Beginner
I
just want a simple life. More thing need more time to finish its . So, I think
less is more. Small thing or a few items that I love the most I will keep. No
need secret book or mystery box. I want to share all of thing about my simple
life. Life is amazing. We no need to have everything to make us happy; we just
need to appreciate who we are. Because happiness is begin with inner beauty of
us. This is my first step. Wish me all the best…
Subscribe to:
Posts (Atom)