Mungkin bagi mereka, poligami itu salah belaka.
Mungkin ada juga segelintir yang memandang poligami adalah sesuatu yang
seharusnya kerana makhluk tuhan yang bergelar lelaki sejati makin pupus
nampaknya. Bagi aku, aku cuma ingin menjadi individu tanpa prejudis. Tanpa
sebarang stigma. Cuba mencari solusi terbaik buat semua. Melihat pro dan kontra
dalam setiap aspek sudut sesuatu yang bernama alam perkahwinan. Suatu institusi
yang penting dalam mensosialisasikan seseorang individu. Perkahwinan bukan
hanya menyatukan hati dua insan, tetapi bagaimana menjalankan hari-hari untuk
bertahan gembira dan harmoni sehendaknya.
Bukan salah lelaki jika ingin menambah
“cawangan”nya. Bukan juga silap perempuan tidak reti menjaga hati suaminya.
Khilafnya anak dalam tidak mahu mendengar kata-kata ibubapa?
Sebenarnya, ia bermula daripada kita. Andai kita
menganggap ia sesuatu yang indah, maka indah jadinya. Jika menganggap
sebaliknya, maka sebaliknya akan kita terima. Berlapang dada adalah jalan terbaik
dalam setiap benda.
Secara peribadi, aku menerima poligami. Ya, tugasan
yang semakin menghambat seolah memaksa tanggungjawab makin bertambah. Oleh itu,
berkongsi adalah sesuatu yang baik sekiranya di fikirkan sebagai pemudah cara.
No comments:
Post a Comment