Imanku
senipis kulit bawang…
Aku
berasa malu. Malu memikirkan diriku. Aku ingin sentiasa kuat dalam menghadapi
perjalanan hidupku. Namun, seringkali aku tersadung dalam mencari bahagia.
Ya, aku
akui. Ini disebabkan oleh silapku sendiri. Khilafku dalam mendefinisikan makna
bahagia. Makna bahagia yang kukira datangnya dari unsur berbentuk material.
Padahal, bahagia itu datangnya dariku sendiri. Ia tersimpan dalam hatiku. Aku
yang boleh memilih untuk bahagia atau menderita. Itu sepatutnya pilihanku.
Bukan membiarkan manusia di sekelilingku mempengaruhi bahagia.
Kerana
imanku senipis kulit bawang,
Setiap
kali aku melihat seseorang memiliki sesuatu yang tidak aku punya, maka aku
berasa cemburu dan ketinggalan. Aku seolah-olah lupa bahawa setiap individu itu
ada rezekinya yang tersendiri. Sepatutnya aku tidak menghabiskan masaku hanya
memikirkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Sedangkan aku lupa tentang
apa yang aku miliki. Apa yang aku ada juga bernilai. Meskipun bukan bagi orang
lain, tetapi bernilai untuk aku. Apa yang aku perlukan…
Semoga
imanku semakin lama semakin menebal. Semoga aku tidak terus mengeluh. Sedangkan
masih ada yang tidak bernasib baik. Yang dilupakan…
Semoga
aku, kau dan mereka semua sentiasa bahagia. bahagia dibentuk oleh apa yang
difikirkan. J
No comments:
Post a Comment