Kesedihan itu mencengkam-cengkam
lubuk hati.
Ya, kesalahan itu bermula dari aku
pada hakikatnya. Kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Lalu, sebagai
hukuman, maka kejayaan yang tertunda aku perolehi.
Kenapa harus aku berasa malu?
Sedangkan di sepanjang perjalanan aku boleh mengutip pelbagai pengalaman dan cerita.
Tidak seperti orang lain.
Mungkin di satu sisi, aku merasa
sangat rendah diri. Apabila memikirkan aku tidak punya apa-apa untuk
dibanggakan dari sudut materialnya. Tetapi, di suatu sisi yang berbeza aku
memiliki aku. Ya , hanya aku . Kosong . Di situ aku terpaksa mengenali diri
sendiri. Terpaksa mengakui kejahilan diri sendiri yang terlalu banyak. Maka,
memaksa diri untuk berubah menjadi lebih baik adalah jalannya. Ya, hanya itu
jalan yang ada untuk aku telusuri di sepanjang jalan mendapatkan kembali kejayaanku.
Mungkin akan ada nada sumbang yang
kedengaran. Ah…biarkanlah nada itu terus menyanyi riang mengusik ketenanganku.
Biarkan sahaja sehingga ia berhenti dengan sendirinya. Aku penat untuk melayan
itu semua. Hal ini disebabkan, masih ada banyak perkara lain yang harus aku
lakukan memastikan aku kembali ke pentas kejayaan.
Ya, mungkin sahaja definisi kejayaan
bagi kita adalah berbeza. Kejayaan bagi diriku adalah apabila aku dapat
menakluk diriku sendiri. Memperolehi pengalaman-pengalaman baru itu juga satu
kejayaan bukan?
Apa yang aku harapkan kini ?
Aku mampu bangkit dengan lebih
berani.
No comments:
Post a Comment