Monday, 27 June 2016
Friday, 24 June 2016
Qualities of successful people
1.
Goal oriented: take small successes and use them to build bigger
successes in the future
2.
Positive attitude: prevent disappointments and obstacles from
becoming setbacks
3.
Risk taker: willing to accept both failure and success as
learning experience
4.
Enthusiastic: build spirit around an idea or a cause that
motivates others
5.
Self-motivated: work well independently and drive own direction and
results; believe they are in control
6.
Trusting: trust and believe in self and in others
7.
Informed and aware: interested and interesting because
knowledgeable of current events
8.
Creative: create something of value that is original or the
result of combining something that exists
9.
Curious: willing to explore new avenues of information
10.
Applied knowledge: solve problems, create and market products,
manage people and systems
Reference: Donna J. Yena . 2015. Career direction:
new paths to your ideal career. New york : mc graw hill
The list of subjects for ANSOS student in University Malaysia Sabah (UMS)
Ok. Merapu ajer
kerja aku. :p
Back to the list of subjects for ANSOS student in University Malaysia Sabah (UMS)
© Antropologi
bandar
© Sosiologi
luar bandar
© Hubungan
etnik
© Sosiologi
industry
© System
kekeluargaan
© Struktur dan
organisasi kekuasaan
© Ketaksamaan
sosial
© Masyarakat
dan agama
© Pembangunan
dan alam sekitar
© Masyarakat
dan ekonomi
© Sosiologi
alam sekitar
© Isu-isu
gender
© Etnografi
borneo
© Teori dan Metod
dalam etnomuzikologi
© Sosiologi
organisasi kompleks
© Sosiologi
pelancongan
© Sosiologi
migrasi
© Metodologi
penyelidikan dan analisis data
Wednesday, 22 June 2016
Master, PhD...akan aku gapai pada suatu masa nanti
Master, PhD...akan aku
gapai pada suatu masa nanti
Andai lelah
menghambat, aku akan diam
Ilmu itu wajib dicari
Mana mungkin aku ingin
melangkah dan berlalu pergi
Kalau orang lain
mampu, kenapa tidak aku?
Kesulitan itu pasti
berbayar
Bukan angan-angan
kosong
Dan biarlah masa
menentukannya
Kejayaan yang tertunda
Kesedihan itu mencengkam-cengkam
lubuk hati.
Ya, kesalahan itu bermula dari aku
pada hakikatnya. Kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Lalu, sebagai
hukuman, maka kejayaan yang tertunda aku perolehi.
Kenapa harus aku berasa malu?
Sedangkan di sepanjang perjalanan aku boleh mengutip pelbagai pengalaman dan cerita.
Tidak seperti orang lain.
Mungkin di satu sisi, aku merasa
sangat rendah diri. Apabila memikirkan aku tidak punya apa-apa untuk
dibanggakan dari sudut materialnya. Tetapi, di suatu sisi yang berbeza aku
memiliki aku. Ya , hanya aku . Kosong . Di situ aku terpaksa mengenali diri
sendiri. Terpaksa mengakui kejahilan diri sendiri yang terlalu banyak. Maka,
memaksa diri untuk berubah menjadi lebih baik adalah jalannya. Ya, hanya itu
jalan yang ada untuk aku telusuri di sepanjang jalan mendapatkan kembali kejayaanku.
Mungkin akan ada nada sumbang yang
kedengaran. Ah…biarkanlah nada itu terus menyanyi riang mengusik ketenanganku.
Biarkan sahaja sehingga ia berhenti dengan sendirinya. Aku penat untuk melayan
itu semua. Hal ini disebabkan, masih ada banyak perkara lain yang harus aku
lakukan memastikan aku kembali ke pentas kejayaan.
Ya, mungkin sahaja definisi kejayaan
bagi kita adalah berbeza. Kejayaan bagi diriku adalah apabila aku dapat
menakluk diriku sendiri. Memperolehi pengalaman-pengalaman baru itu juga satu
kejayaan bukan?
Apa yang aku harapkan kini ?
Aku mampu bangkit dengan lebih
berani.
Perancangan Pendidikan Formal
~ Ijazah sarjana muda
(sosiologi
dan antropologi sosial)
2013 –
2016 (extend > 2017)
~ Sarjana (sosiologi dan
antropologi sosial)
2018
– 2020
~ PhD (sosiologi dan antropologi
sosial)
2020
- 2022
Adat dan budaya
Harus
dinyatakan secara jelas bahawa adat dan budaya antara sesuatu masyarakat
terdapat titik persamaan yang menyatukan. Samada secara sedar mahupun tidak
oleh kita semua.
Disebabkan
oleh faktor kemodenan, adat dan budaya setempat yang dikekalkan oleh sesuatu
masyarakat mula beralih arah. Hal ini kerana kelompok masyarakat cuba
menyesuaikan adat dan budaya yang dipegang selama ini dengan keadaan semasa.
Semua ini berlaku secara menyeluruh melalui proses sosialisasi sebagai agen
perubahan.
Terdapat
pro dan kontrasnya apabila sesuatu adat dan budaya tradisional dicampur adukkan
atas dasar kemodenan. Kemodenan kadangkala hampir melenyapkan keunikkan yang
menjadi amalan yang selama ini cuba dikekalkan oleh golongan terdahulu. Ramai
antara kita tidak mengambil peduli dalam hal ini kerana beranggapan bahawa
titik persamaan lebih perlu ditonjolkan bagi menggambarkan sikap terbuka yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat. Selain itu, dengan menonjolkan persamaan,
hal ini memudahkan kerjasama antara masyarakat yang berbeza apabila berlaku
pertembungan budaya.
Walau
bagaimanapun, perlu diingatkan di sini bahawa setiap amalan yang diamalkan
dalam sesuatu masyarakat mempunyai maksud tersendiri samada secara tersurat
mahupun tersirat. Oleh itu, mempertahankan adat dan budaya tradisi merupakan
satu kewajaran yang perlu tersemat dalam diri anak muda pada masa kini khasnya.
Hal ini kerana ia membawa lambang dan identiti sesuatu masyarakat. Identiti
yang tidak jelas mengakibatkan masyarakat yang kurang dominan cenderung
mengambil identiti lain iaitu identiti masyarakat yang lebih dominan. Bukankah
ini suatu kerugian yang besar?
Akhir
sekali, mengekalkan tradisi merupakan perkara yang sukar. Namun, perlu
diingatkan bahawa perkara yang sukar sebenarnya akan mendatangkan kebaikan,
bukan sahaja dari sudut moral malah juga material jika digunakan dengan baik.
Semoga budaya yang diamalkan sepertimana kata-kata orang terdahulu, “biar mati
anak, jangan mati adat”.
Subscribe to:
Posts (Atom)


