Friday, 24 June 2016

The list of subjects for ANSOS student in University Malaysia Sabah (UMS)

Ishh…aishhh…

Bukan masalah apa. Masalah terbesar ialah cuba nak takluk diri sendiri. Momentum yang diperlukan bukan sedikit. Ia bukan semudah mengarang bait-bait kata…

Ok. Merapu ajer kerja aku. :p

Back to the list of subjects for ANSOS student in University Malaysia Sabah (UMS)


©      Antropologi bandar
©      Sosiologi luar bandar
©      Hubungan etnik
©      Sosiologi industry
©      System kekeluargaan
©      Struktur dan organisasi kekuasaan
©      Ketaksamaan sosial
©      Masyarakat dan agama
©      Pembangunan dan alam sekitar
©      Masyarakat dan ekonomi
©      Sosiologi alam sekitar
©      Isu-isu gender
©      Etnografi borneo
©      Teori dan Metod dalam etnomuzikologi
©      Sosiologi organisasi kompleks
©      Sosiologi pelancongan
©      Sosiologi migrasi
©      Metodologi penyelidikan dan analisis data

Wednesday, 22 June 2016

Master, PhD...akan aku gapai pada suatu masa nanti

Master, PhD...akan aku gapai pada suatu masa nanti

Andai lelah menghambat, aku akan diam
Berteleku dengan masa
Mencari mana wawasannya

Ilmu itu wajib dicari
Wajib untuk aku
Perkiraan sebagai ibadah dan jihad

Mana mungkin aku ingin melangkah dan berlalu pergi
Ini cita-citaku yang pasti
Kalau orang lain mampu, kenapa tidak aku?

Apa kurangnya aku?
Kesulitan itu pasti berbayar
Ya. Pasti!

Semoga impianku
Bukan angan-angan kosong
Bukan jua sandiwara
Dan biarlah masa menentukannya


Kejayaan yang tertunda

Harus bagaimana lagi? Menyalahkan sistem bukan caranya. Menyalahkan diri sendiri juga bukan merupakan perkara terbaik yang harus dilakukan. Harus bagaimana lagi?

Kesedihan itu mencengkam-cengkam lubuk hati.

Ya, kesalahan itu bermula dari aku pada hakikatnya. Kesalahan yang sama secara berulang-ulang. Lalu, sebagai hukuman, maka kejayaan yang tertunda aku perolehi.

Malu?

Kenapa harus aku berasa malu? Sedangkan di sepanjang perjalanan aku boleh mengutip pelbagai pengalaman dan cerita. Tidak seperti orang lain.

Mungkin di satu sisi, aku merasa sangat rendah diri. Apabila memikirkan aku tidak punya apa-apa untuk dibanggakan dari sudut materialnya. Tetapi, di suatu sisi yang berbeza aku memiliki aku. Ya, hanya aku. Kosong. Di situ aku terpaksa mengenali diri sendiri. Terpaksa mengakui kejahilan diri sendiri yang terlalu banyak. Maka, memaksa diri untuk berubah menjadi lebih baik adalah jalannya. Ya, hanya itu jalan yang ada untuk aku telusuri di sepanjang jalan mendapatkan kembali kejayaanku.

Mungkin akan ada nada sumbang yang kedengaran. Ah…biarkanlah nada itu terus menyanyi riang mengusik ketenanganku. Biarkan sahaja sehingga ia berhenti dengan sendirinya. Aku penat untuk melayan itu semua. Hal ini disebabkan, masih ada banyak perkara lain yang harus aku lakukan memastikan aku kembali ke pentas kejayaan.

Ya, mungkin sahaja definisi kejayaan bagi kita adalah berbeza. Kejayaan bagi diriku adalah apabila aku dapat menakluk diriku sendiri. Memperolehi pengalaman-pengalaman baru itu juga satu kejayaan bukan?

Kejayaanku adalah kejayaan yang tertunda. Aku harus bekerja keras untuk mendapatkan kejayaan. Berada dalam selimut kegagalan buat selama-lamanya bukan kemahuanku. Tidak sesekali. Namun, ini adalah pengajaran buat aku. Aku terlalu mendongak ke atas sehingga aku lupa untuk mengakui kelemahan diri sendiri.

Apa yang aku harapkan kini?


Aku mampu bangkit dengan lebih berani.

Perancangan Pendidikan Formal

Perancangan Pendidikan Formal

 ~ Ijazah sarjana muda
(sosiologi dan antropologi sosial)
2013 – 2016 (extend > 2017)

~ Sarjana (sosiologi dan antropologi sosial)
      2018 – 2020

~ PhD (sosiologi dan antropologi sosial)

      2020 - 2022

Adat dan budaya

Harus dinyatakan secara jelas bahawa adat dan budaya antara sesuatu masyarakat terdapat titik persamaan yang menyatukan. Samada secara sedar mahupun tidak oleh kita semua.

Disebabkan oleh faktor kemodenan, adat dan budaya setempat yang dikekalkan oleh sesuatu masyarakat mula beralih arah. Hal ini kerana kelompok masyarakat cuba menyesuaikan adat dan budaya yang dipegang selama ini dengan keadaan semasa. Semua ini berlaku secara menyeluruh melalui proses sosialisasi sebagai agen perubahan.

Terdapat pro dan kontrasnya apabila sesuatu adat dan budaya tradisional dicampur adukkan atas dasar kemodenan. Kemodenan kadangkala hampir melenyapkan keunikkan yang menjadi amalan yang selama ini cuba dikekalkan oleh golongan terdahulu. Ramai antara kita tidak mengambil peduli dalam hal ini kerana beranggapan bahawa titik persamaan lebih perlu ditonjolkan bagi menggambarkan sikap terbuka yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat. Selain itu, dengan menonjolkan persamaan, hal ini memudahkan kerjasama antara masyarakat yang berbeza apabila berlaku pertembungan budaya.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan di sini bahawa setiap amalan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat mempunyai maksud tersendiri samada secara tersurat mahupun tersirat. Oleh itu, mempertahankan adat dan budaya tradisi merupakan satu kewajaran yang perlu tersemat dalam diri anak muda pada masa kini khasnya. Hal ini kerana ia membawa lambang dan identiti sesuatu masyarakat. Identiti yang tidak jelas mengakibatkan masyarakat yang kurang dominan cenderung mengambil identiti lain iaitu identiti masyarakat yang lebih dominan. Bukankah ini suatu kerugian yang besar?


Akhir sekali, mengekalkan tradisi merupakan perkara yang sukar. Namun, perlu diingatkan bahawa perkara yang sukar sebenarnya akan mendatangkan kebaikan, bukan sahaja dari sudut moral malah juga material jika digunakan dengan baik. Semoga budaya yang diamalkan sepertimana kata-kata orang terdahulu, “biar mati anak, jangan mati adat”.

Wednesday, 15 June 2016

Aku Bukan Pelajar Straight A

Kadangkala, bila fikir balik...aku nak saja memekik biar seluruh dunia tahu bahawa aku menyesal. Menyesal sebab tak belajar bersungguh-sungguh. Orang lain sibuk belajar, aku sibuk main-main dan tidur memanjang. Kalah beruang tidur masa berhibernasi. Masa pun dah meninggalkan aku. Memang la kalau tak straight A pun masih mampu hidup. Tapi rasa tak dapat challenge diri sendiri tu lagi sukar dari nak bandingkan diri dengan orang lain. Tapi, nak buat macam mana. Diri sendiri yang jahil. Bajet sangat. Siapa suruh? Ingat nak ambil balik peperiksaan. Buat yang terbaik...nak cipta peluang ke 2 untuk diri...

Kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah, belajar betul-betul. Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Sebab nak start over to become a better person tu susah sangat. Lemah sangat rasa. Meh kita doakan sama-sama. Kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Tuesday, 7 June 2016

Imanku Senipis Kulit Bawang

Imanku senipis kulit bawang…

Aku berasa malu. Malu memikirkan diriku. Aku ingin sentiasa kuat dalam menghadapi perjalanan hidupku. Namun, seringkali aku tersadung dalam mencari bahagia.

Ya, aku akui. Ini disebabkan oleh silapku sendiri. Khilafku dalam mendefinisikan makna bahagia. Makna bahagia yang kukira datangnya dari unsur berbentuk material. Padahal, bahagia itu datangnya dariku sendiri. Ia tersimpan dalam hatiku. Aku yang boleh memilih untuk bahagia atau menderita. Itu sepatutnya pilihanku. Bukan membiarkan manusia di sekelilingku mempengaruhi bahagia.

Kerana imanku senipis kulit bawang,

Setiap kali aku melihat seseorang memiliki sesuatu yang tidak aku punya, maka aku berasa cemburu dan ketinggalan. Aku seolah-olah lupa bahawa setiap individu itu ada rezekinya yang tersendiri. Sepatutnya aku tidak menghabiskan masaku hanya memikirkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Sedangkan aku lupa tentang apa yang aku miliki. Apa yang aku ada juga bernilai. Meskipun bukan bagi orang lain, tetapi bernilai untuk aku. Apa yang aku perlukan…

Semoga imanku semakin lama semakin menebal. Semoga aku tidak terus mengeluh. Sedangkan masih ada yang tidak bernasib baik. Yang dilupakan…

Semoga aku, kau dan mereka semua sentiasa bahagia. bahagia dibentuk oleh apa yang difikirkan. J