Wednesday, 22 June 2016

Perancangan Pendidikan Formal

Perancangan Pendidikan Formal

 ~ Ijazah sarjana muda
(sosiologi dan antropologi sosial)
2013 – 2016 (extend > 2017)

~ Sarjana (sosiologi dan antropologi sosial)
      2018 – 2020

~ PhD (sosiologi dan antropologi sosial)

      2020 - 2022

Adat dan budaya

Harus dinyatakan secara jelas bahawa adat dan budaya antara sesuatu masyarakat terdapat titik persamaan yang menyatukan. Samada secara sedar mahupun tidak oleh kita semua.

Disebabkan oleh faktor kemodenan, adat dan budaya setempat yang dikekalkan oleh sesuatu masyarakat mula beralih arah. Hal ini kerana kelompok masyarakat cuba menyesuaikan adat dan budaya yang dipegang selama ini dengan keadaan semasa. Semua ini berlaku secara menyeluruh melalui proses sosialisasi sebagai agen perubahan.

Terdapat pro dan kontrasnya apabila sesuatu adat dan budaya tradisional dicampur adukkan atas dasar kemodenan. Kemodenan kadangkala hampir melenyapkan keunikkan yang menjadi amalan yang selama ini cuba dikekalkan oleh golongan terdahulu. Ramai antara kita tidak mengambil peduli dalam hal ini kerana beranggapan bahawa titik persamaan lebih perlu ditonjolkan bagi menggambarkan sikap terbuka yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat. Selain itu, dengan menonjolkan persamaan, hal ini memudahkan kerjasama antara masyarakat yang berbeza apabila berlaku pertembungan budaya.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan di sini bahawa setiap amalan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat mempunyai maksud tersendiri samada secara tersurat mahupun tersirat. Oleh itu, mempertahankan adat dan budaya tradisi merupakan satu kewajaran yang perlu tersemat dalam diri anak muda pada masa kini khasnya. Hal ini kerana ia membawa lambang dan identiti sesuatu masyarakat. Identiti yang tidak jelas mengakibatkan masyarakat yang kurang dominan cenderung mengambil identiti lain iaitu identiti masyarakat yang lebih dominan. Bukankah ini suatu kerugian yang besar?


Akhir sekali, mengekalkan tradisi merupakan perkara yang sukar. Namun, perlu diingatkan bahawa perkara yang sukar sebenarnya akan mendatangkan kebaikan, bukan sahaja dari sudut moral malah juga material jika digunakan dengan baik. Semoga budaya yang diamalkan sepertimana kata-kata orang terdahulu, “biar mati anak, jangan mati adat”.

Wednesday, 15 June 2016

Aku Bukan Pelajar Straight A

Kadangkala, bila fikir balik...aku nak saja memekik biar seluruh dunia tahu bahawa aku menyesal. Menyesal sebab tak belajar bersungguh-sungguh. Orang lain sibuk belajar, aku sibuk main-main dan tidur memanjang. Kalah beruang tidur masa berhibernasi. Masa pun dah meninggalkan aku. Memang la kalau tak straight A pun masih mampu hidup. Tapi rasa tak dapat challenge diri sendiri tu lagi sukar dari nak bandingkan diri dengan orang lain. Tapi, nak buat macam mana. Diri sendiri yang jahil. Bajet sangat. Siapa suruh? Ingat nak ambil balik peperiksaan. Buat yang terbaik...nak cipta peluang ke 2 untuk diri...

Kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah, belajar betul-betul. Gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya. Sebab nak start over to become a better person tu susah sangat. Lemah sangat rasa. Meh kita doakan sama-sama. Kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Tuesday, 7 June 2016

Imanku Senipis Kulit Bawang

Imanku senipis kulit bawang…

Aku berasa malu. Malu memikirkan diriku. Aku ingin sentiasa kuat dalam menghadapi perjalanan hidupku. Namun, seringkali aku tersadung dalam mencari bahagia.

Ya, aku akui. Ini disebabkan oleh silapku sendiri. Khilafku dalam mendefinisikan makna bahagia. Makna bahagia yang kukira datangnya dari unsur berbentuk material. Padahal, bahagia itu datangnya dariku sendiri. Ia tersimpan dalam hatiku. Aku yang boleh memilih untuk bahagia atau menderita. Itu sepatutnya pilihanku. Bukan membiarkan manusia di sekelilingku mempengaruhi bahagia.

Kerana imanku senipis kulit bawang,

Setiap kali aku melihat seseorang memiliki sesuatu yang tidak aku punya, maka aku berasa cemburu dan ketinggalan. Aku seolah-olah lupa bahawa setiap individu itu ada rezekinya yang tersendiri. Sepatutnya aku tidak menghabiskan masaku hanya memikirkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain. Sedangkan aku lupa tentang apa yang aku miliki. Apa yang aku ada juga bernilai. Meskipun bukan bagi orang lain, tetapi bernilai untuk aku. Apa yang aku perlukan…

Semoga imanku semakin lama semakin menebal. Semoga aku tidak terus mengeluh. Sedangkan masih ada yang tidak bernasib baik. Yang dilupakan…

Semoga aku, kau dan mereka semua sentiasa bahagia. bahagia dibentuk oleh apa yang difikirkan. J

Apabila saf terputus

Aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara perihal ini. Aku hanyalah perempuan akhir zaman yang mempunyai banyak dosa. Aku hamba Allah yang berdosa. Aku malu dan sesungguhnya aku bukan berniat untuk membuka aibku sendiri. Bukan begitu. Namun, kekecewaan hatiku tidak mampu dibendung lagi. Setiap kali aku memikirkan perihal ini, nafasku sesak. Aku tidak punya kudrat untuk menyatakan apatah lagi ingin manusia lain menurut apa yang aku sampaikan. Berkecamuk dalam fikiranku, tiada siapa yang mengetahuinya. Sedih hatiku.

Dalam diam, aku berharap dan terus berharap. Agar akan ada suatu sosok insan yang mempunyai keberanian untuk menegur. Untuk menjentik hati-hati mereka yang mengabaikannya.

Sesungguhnya saf bukan sekadar menunjukkan berjemaah.Tetapi, ia menunjukkan kesatuan antara kita. Ya, kerjasama. Tidak sepatutnya dipandang enteng oleh kita semua.

Seperti yang telah kujelaskan, aku tidak mempunyai sebarang kredibiliti untuk berbicara. Aku hanya manusia biasa. Aku hanya ingin menjadi yang lebih baik. Aku ingin sepertimana yang lainnya. Aku ingin menegur, tapi aku tidak punya kudrat untuk menyatakan resah di hatiku. Aku cuma mampu membisikkan di dalam hatiku tentang kekesalanku.


Semoga catatan bisu ini mampu menenangkan hatiku. Mampu meredakan gelora di jiwaku…

Poligami

Mungkin bagi mereka, poligami itu salah belaka. Mungkin ada juga segelintir yang memandang poligami adalah sesuatu yang seharusnya kerana makhluk tuhan yang bergelar lelaki sejati makin pupus nampaknya. Bagi aku, aku cuma ingin menjadi individu tanpa prejudis. Tanpa sebarang stigma. Cuba mencari solusi terbaik buat semua. Melihat pro dan kontra dalam setiap aspek sudut sesuatu yang bernama alam perkahwinan. Suatu institusi yang penting dalam mensosialisasikan seseorang individu. Perkahwinan bukan hanya menyatukan hati dua insan, tetapi bagaimana menjalankan hari-hari untuk bertahan gembira dan harmoni sehendaknya.

Poligami sepatutnya dibenarkan. Diterima dengan hati terbuka. Setelah setulusnya berbicara dari hati ke hati. Namun seperti biasa, masyarakat seolah menghukum semua. Masyarakat terlekat dengan pelbagai fahaman yang tidak sepatutnya. Bukankah perkongsian itu sesuatu yang indah?

Bukan salah lelaki jika ingin menambah “cawangan”nya. Bukan juga silap perempuan tidak reti menjaga hati suaminya. Khilafnya anak dalam tidak mahu mendengar kata-kata ibubapa?

Sebenarnya, ia bermula daripada kita. Andai kita menganggap ia sesuatu yang indah, maka indah jadinya. Jika menganggap sebaliknya, maka sebaliknya akan kita terima. Berlapang dada adalah jalan terbaik dalam setiap benda.

Secara peribadi, aku menerima poligami. Ya, tugasan yang semakin menghambat seolah memaksa tanggungjawab makin bertambah. Oleh itu, berkongsi adalah sesuatu yang baik sekiranya di fikirkan sebagai pemudah cara.



Jadi terpulanglah…

Cinta Tiga Segi

Aku masih ingat lagi saat aku belajar mencintai dirinya. Janganlah kau terus mendesak aku untuk mengingati tentang semua perkara kerana ia jelas masih terbayang di fikiranku.

aku menyayangi dirinya. Cukup sahaja kau mengetahui tentang hal itu. Kerana seboleh-bolehnya aku tidak mahu kau terus disakiti oleh jawapan yang kuberikan…

perlukah kau tanyakan persoalan hati hanya untuk menyedapkan resah hatimu sendiri? Sedangkan aku terpaksa bermati-matian berpura bagi menyakinkan kau bahawa kau adalah satu-satunya di hatinya. Aku ini cuma satu persinggahan semata-mata.

Jangan terus meragui lagi. Terimalah apa yang terjadi dengan berlapang dada. Untuk aku, kau dan juga dia.